12/6/11

SESAT dihutan

seorang lelaki meninggalkan isteri dan anaknya dirumah tanpa diberi tanggungjawab sebagai suami dan ayah untuk pergi beribadah secara mutlak dihutan kerana katanya dihutan sunyi tiada gangguan. solat adalah tiang agama . memacak tiang adalah perlu sebelum membina atapnya. sudah lebih 2 bulan dia berjaya beribadah secara mutlak tanpa gangguan. fokus, fokus, fokus . tetapi setiap kali selesai solat dia akan rasa 80 peratus tenang dan masih ada 20 peratus mentalnya terganggu . hmmmm...

sementara menunggu tiba saat asar menyambung jihad nya , otak yang penuh dengan jadual beribadah tadi diselitkan dengan akal yang ada untuk menyelesaikan masalah 20 peratus tadi . secara tidak sengaja dia ternampak seorang lelaki berjubah,bersongkok dan berjanggut melintas dihadapannya lalu dia menegur.

"assalamualaikum..."
"assalamualaikum..."
"assalamualaikum tok...dari mana?"

lelaki tua berhenti dan tersenyum, lalu berbicara lah dia.

"dari surau sana tuuu..." sambil menunjuk jauh kebelakang.

"ibadah kamu tidak sempurna sepenuhnya, mahu tahu cara untuk sempurnakannya ?" kata lelaki tua.

berkerut dahi lelaki itu tadi bila dikatakan ibadahnya tidak sempurna sedangkan dia sudah buat sepenuh khusyuk. dan siapa hebatnya dia ni mengetahui masalah tanpa diberitahu .

"bagaimana caranya ?" tanya lelaki itu.

tersenyum lelaki tua itu.

"kamu perlulah membunuh tikus putih dan buang semua darahnya sehingga setitis pun tiada merahnya, dan kamu menggantung tikus itu dileher kamu sepanjang kamu melakukan ibadah selama sepurnama" 

lelaki tua itu terus meninggalkan lelaki itu yang dalam keadaan, bingung. tanpa masa dibiarkan terbang begitu, lelaki pergi membuat seperti apa yang diarahkan. sesudah tikus digantung, dia memulakan ibadahnya seperti biasa dengan harapan sempurna 100 peratus  lah selepas ini.

hampir sepurnama selepas kejadian dan tikus itu pun makin membusuk. walaupun busuk menusuk hidungnya tapi hati dia sentiasa berkata tidak apa, mungkin ini hanya dugaan. seelok dia menoleh ketepi, terlihat lelaki tua yang muncul sebelum ini, lalu dia bertanya.

"bagaimana? sempurna sudah ibadahku ?"

sekali lagi senyum diberi sambil lelaki tua berkata,

"kenapa kamu menurut segala arahan aku?. tanya lelaki tua.

"hmmmm...kerana atok KELIHATAN seperti seorang yang lebih arif tentang selok-belok agama." jawabnya ringkas.

"semua itu dusta semata-mata, asas kepada solat adalah tubuh badan perlu suci dan bersih daripada sebarang najis, dan perkara asas sahaja kamu sudah tidak turuti." dibalas lelaki tua.

"habis kenapa kamu sesatkan saya dengan menyuruh saya menggantung bangkai tikus ke leher ketika bersolat?!" tanya lelaki dengan marah.

 "untuk menguji akalmu dan...."




"....tugas IBLIS memang begitu rupa, menyesatkan"

11/12/11

SATU gambar ke dalam tong sampah

duduk diatas kerusi. tangan dia aku genggam. macam tak sanggup nak lepaskan walaupun sesaat. bilik wad B-404 kosong hanya dihiasi sekeping gambar diatas meja dan ditemankan dengan melodi mesin-mesin yang menunjukkan kadar denyutan jantung dia. tidak sedarkan diri selama empat hari selepas dilanggar kereta Myvi 1.5 Extreme kaler kuning.

sebenarnya punca dia dilanggar adalah sebab aku. bergaduh mulut selepas dia dapat tahu aku keluar dengan bekas kekasih lama. aku tertampar dia dan dia berlari melintas jalan. iya. memang salah aku. aku terikutkan sangat perasaan masa tu. aku tahu aku panas baran. aku tak sengaja......

"maaf...."


"maafkan aku....."

tangan masih lagi digenggam...

"kalau la aku ada peluang, aku akan betulkan kesalahan ni."


 


melihat frame gambar mereka berdua diatas laci wad. sambil niat dihati tekad untuk berubah, berbisik aku mahu berubah menjadi seperti dalam gambar itu. gambar berdua yang gembira suatu ketika dahulu. tiada masalah, tiada salah faham. aku mahu jadi seperti itu. bagilah aku SATU peluang lagi .


"jangan la sedih....saya boleh tolong", kata budak perempuan kecil yang berdiri ditepi katil

terkejut aku melihat budak kecil itu entah datang dari mana tiba-tiba menegur aku. aku menggosok mata, sama ada mata aku salah pandang atau memang tadi ada kelihatan budak kecil itu seperti berkepak. macam dalam cerita pari-pari.

mungkin tersalah pandang.

anak siapa ni ? boleh tolong apa ? berubah seperti dalam gambar itu ? budak itu tersenyum.

tiba-tiba budak itu menghembus nafas dari telapak tangannya yang mengeluarkan asap yang banyak mengelilingi aku .


"puuuuffffff"

...

serentak dengan itu pintu wad diketuk dan ibu kepada kekasih memasuki wad dengan langkah kiri, melihat hanya anak perempuannya terbaring dikatil keseorangan di wad itu.

"eh apa asap banyak-banyak ni ?". kata ibu sambil meletakkan buah dimeja.

"ni kenapa ada dua gambar yang sama kat sini ? ". melihat gambar diatas kerusi yg sedikit berasap dan gambar dilaci meja yg berdiri rapi.






lalu dilemparkan gambar diatas kerusi tadi ke dalam tong sampah kerana sudah ada gambar diatas meja. SATU cukup la, iye dak ?



"hajat telah ditunaikan :) "

10/30/11

Zila si kucing buta

di satu sudut yang menjadi pelengkap kepada satu dimensi dunia yang lengkap. bertiraikan tembok panjang diseberang jalan, sedikit berlumut . dan seorang lelaki tua berwajah tipikal yang tidak berkasut, berjanggut putih berlegar-legar dihadapan tembok. matanya liar .

si lelaki tua mencari kucing betina buta yang selalu menjadi temannya di tembok itu setiap petang.

dihadapan tembok. 45 darjah dari lelaki tua itu . jarak 2 meter dari tembok .seorang perempuan kelihatan penuh berang dengan muka yang penuh berkerut memarahi kekasihnya, kekasih yang kelihatan tidak berlawan memandang ke-kiri ke-kanan seperti tidak mengambil kesah sepatah pun ayat yang keluar dari mulut perempuan .


dari jauh kelihatan 'Zila' yang dicari lelaki tua itu, gembira rasanya. didatangnya dekat dengan Zila si kucing betina buta itu . gembira tadi bertukar menjadi sedih apabila melihat Zila yang dicari terbujur kaku ditepi jalan. nyawa-nyawa kucing. kena langgar moto gamaknya. diusapnya kucing itu. mungkin ini adalah nyawa dia yang ke-sembilan digunakan. tiada peluang ke-sepuluh sebab kucing hanya ada sembilan nyawa.

suara perempuan tadi semakin kuat . sesekali kekasih cuba mencelah dari celahan marahan perempuan itu. gagal mencelah apabila amplitude suara perempuan dinaikkan 2 kali ganda dengan frekuensi yang masih sama.

'u dah tipu i lepas tu u nak lari ? '
'perangai u sama je macam ex-boyfriend-ex-boyfriend i.'

"SEMUA LELAKI SAMA SAJA !"

dengan muka yang merah tanda marah dia berjalan laju meninggalkan kekasih keseorangan dan berselisih dengan lelaki tua, kekasihnye menjerit memanggil  nama perempuan itu,

"ZILLA!! ZILLA !! "

jeritan itu serentak dengan lelaki tua ditepi tembok itu bersuara sambil mengusap kucing buta yang kian nazak




"Zila Zila~ dah tau awak tu buta , buat apa pergi melintas jalan yang sesak tu . BODOH ."




"Zila" si kucing buta








10/5/11

1 Lelaki 2 laluan

Si lelaki . seorang yang baik . boleh dikatakan alim kerana menjaga setiap solatnya . yang sunat dia sempurnakan apatah lagi yang wajib . tetapi kekasihnya seorang 'free hair' . 'free' hair ke, kena 'beli' ke, itu tak menjadi masalah besar bagi lelaki sebab manusia boleh berubah . setiap kali dia keluar berdua dia akan menasihatkan perempuan tu dengan harapan suatu hari nanti dia berubah . dari baik menjadi lebih baik . tak semudah yang disangka . bukan sekali  berdoa tuhan akan menunaikan doa yang diminta kan ? melainkan anda seorang nabi yang mempunyai mukjizat . hanya masa menentukannya . nasihat tu di terima oleh perempuan dengan senyuman . senyum yang tak berbunyi . senyum yang susah nak diterangkan dengan perkataan .

suatu hari , 10/10/10 mereka keluar bersama , lelaki ingin membuat suprise sempena ulangtahun 1 tahun bersama dengan membawa kek resepiRahsia . perempuan tu hanya tersenyum . senyuman yang sedikit berbeza dari sebelum ni . senyuman yang seperti boleh dibaca si lelaki . senyuman yang membawa berita tidak menyenangkan . perempuan mula membuka mulut yang selama ini ditugaskan untuk senyum . ayat berbunyi .

"Kita berpisah" .

2 perkataan itu seperti ada magis . membuat lelaki senyap . keadaan di KBmall yang bising seakan-akan sunyi . kelihatan manusia berjalan , tertawa tapi tiada suara . 'silent mode' orang kata . ayat kedua berbunyi .

"AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA" .

rupa-rupanya lelaki yang terkena suprise ......

genap 7 hari lelaki berkabung dalam bilik selepas ayat kedua tu berbunyi dan pernah juga terfikir untuk ke rooftop KBmall untuk terjun . tiba-tiba ada 'seseorang' disebelahnya menyuruh terjun dari bangunan . tapi hati dia cakap "ah aku ni takut tinggi . gayat! " . belum sempat dia bertanya nama 'seseorang' itu jasad nye lesap tanpa jejak . mungkin khayalan semata-mata .

seperti hilang arah lelaki mula keluar dari bilik setelah tranformasi . lebih 5 bulan juga lelaki cuba adaptasi keadaan yang berubah tu . tapi riak muka . anak matanya lain . dia mula bersifat 'nakal' . tidak seperti dulu . tiba-tiba dia tersentak, seorang perempuan bertudung tegur .

"termenung apa? dah lambat ni..." .

dia adalah kekasih baru si lelaki . bahagia . dengan harapan yang baru dapat memadam yang lama . tapi lelaki dah tak macam dulu . mula berjinak dengan club malam . solat usah ditanya la . ikut mood baru buat .

11/11/11 . lelaki bergaduh dengan perempuan . secara live dari mulut perempuan tu cakap .

"AWAK TAK CUKUP BAIK UNTUK SAYA" .

sekali lagi lelaki tu terkena suprise . kali ni hidup dia gelap . dia nekad untuk ke rooftop KBmall .



dijenguk ke bawah . gayat tapi hidup lagi gayat dari ni . tanpa lelaki sedar ada 'seseorang' berdiri disebelahnya . orang yang sama berada dibiliknya hari tu . berbaju kemas . segak .

"Terjunlah . tiada apa lagi yang ada didunia ni . kita terjun bersama "

kata 'seseorang' itu dan lelaki itu tanpa berfikir panjang terjun bersama-sama . ketika dia terjun , 'seseorang' itu memberitahu ,

"nama aku AZAZEL" .

serta-merta dia lesap sekali lagi . berkeseorangan lelaki itu menuju ke bawah .

"BAAMMM"  . jatuh bersepai .

8/8/11

Warna gambar

picture






satu benda yang bagus tentang gambar . dia tak berubah . sekali ditangkap , kalau ceria masa diambil maka ceria la gambar itu . bila ditangkap gambar tu akan terus macam tu . itu sebab aku suka gambar . dia tidak akan pernah berubah walaupun orang dalam gambar itu sendiri dah berubah .

8/5/11

Thank you for trusting our election promises

selepas menang pilihanraya tahun 2030 .


calon : terima kasih kerana memilih dan mempercayai janji-janji yang dijanjikan ketika hari berkempen .

*pakai cermin mata hitam

calon : sekarang , sila lihat kesini sekejap .











puuufffft~














2/15/11

Antara KAKI dan MUKA

Apabila tiba waktu solat, aku pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu
kecil, aku terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. semasa mengangkat salah satu kaki ke sinki (washing basin), seorang pramugari (tak tau la pondan ke tulen sebab muka sama jje) telah ternampak , lepas tu dia tegur aku .

Pramugari : (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan sinki.. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

aku: (dengan suara lembut ...) yeke . . Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari. huh

aku: (dengan sifat bersahaja... .) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari,
bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari......