9/5/12

an Error

"bodohnya kau ni!"

Perkataan yang secara akalnya tiada jasad tu terasa sakit umpama besi jatuh ke muka. kepala diangguk tidak, digeleng tidak menunjukkan tiada kata balas. Jangan salahkan cara ibu bapa menyuap nasi tapi salahkan diri sendiri yang berlayar berlari. Dari kecil memang aku dijamah dengan cerita yang tidak ada pangkal hujungnya. teori konspirasi ataupun mitos lagenda Hang Tuah yang dia sendiri entah hilang kemana. Unsolve Mysteri orang putih kata.

Sejarah yang dicipta, musuh yang direka. Patut lah aku lebih rakus menjaring pahlawan Illuminati gila daripada mengenal Syaitan yang berkampung didada.


7/9/12

ku follow kau dengan bismillah

20/12/2000: menghirup secawan kopi yang harga RM2.50 selepas kerja memang perkara wajib. itu harga paling murah yang ada di Stabak ni. sedang termenung memandang kereta lalu lalang diluar tingkap, terlihat perempuan berbaju kurung semalam, berambut ikal, duduk dimeja bertentangan. comel. aku mengambil keputusan untuk memandang ke tingkap luar untuk mengelak memandang terus ke dia. aku menjeling. tak pasti sama ada aku ternampak dia pandang aku atau dia yang nampak aku pandang dia. dia senyum. rasa janggal. laju aku alih kan mata ke luar tingkap semula.

selang beberapa minit dia bergegas ke luar.


21/12/2000: di tempat yang sama selepas kerja. mungkin takdir atau kebetulan, aku ternampak dia sekali lagi ketika hendak membayar bil. masih dengan gaya yang sama berbaju kurung. dia mencari-cari duit kecil dari beg tangannya untuk menggantikan duit RM100 sekeping untuk membayar harga secawan air. 5 minit juga menunggu dia mencari. jadi aku ambil keputusan menyelit disebelah dia dan memberi RM5 dikaunter untuk membayar harga untuk dua air kopi. dia berterima kasih dan bergegas balik. ada hal penting katanya. sempat aku terpandang tag yang dikeluarkan dari beg tadi, tertulis 'Arina'.

nama dia?


22/12/2000: hari ketiga aku mengambil keputusan untuk ke Stabak lebih awal selepas kerja. berkira-kira untuk menunggu 'takdir' yang mungkin akan muncul. ketika membelek-belek twitter, terlintas untuk mencari sesuatu. di tekan satu-satu huruf di kotak pencarian twitter, A-R-I-N-A. keluar 10 orang bernama sama. dilihat satu persatu gambar dan terjumpa muka yang sedikit biasa ditengok. rasanya ini dia. dibuka profilnya. tertulis ditweet terakhirnya malam tadi;

"terserempak lagi dengan lelaki yang sama dikaunter Stabak :)"

mulut tersenyum tanpa disuruh. kemudian menghantar mesej ke twitter dia;

"awak jangan lupa bayar balik RM2.50 saya ya"


digerakkan tetikus ke butang Follow. dengan lafaz bismillah ditekan.





you are now following her.

4/11/12

surat pertama 11/4/2012

ini kali pertama mereka berjumpa, face-to-face. dia mula membayangkan muka perempuan itu seperti di profile picture dan beberapa gambar facebooknya. muka putih, bulu mata lebat, mata berkilau. cantik sangat persis gadis-gadis korea Girl's Generation. mungkin lagi cantik dari itu. tapi sejak kebelakangan ini dia sudah tidak meletakkan gambar barunya di facebook. mungkin tidak sempat sibuk dengan kerja atau internet dirumahnya tidak laju atau dia tidak ada gambar baru atau kamera dia rosak ? tak sabar rasanya dia menunggu perempuan itu sampai.

baru saja fikir wajah dia terus dia sampai. panjang umur orang kata. ditenung perempuan itu. berbeza sedikit. mungkin banyak. tidak seperti didalam gambar dan bayangan yang dibayang selama ini. ah sudah habis tempoh gamaknya. bisik dia sendirian. perempuan itu terdengar dan menegur,

"apa yang habis tempoh awak?"

lelaki itu mengeluarkan kertas dari poket kanan dan diam-diam dia tulis sesuatu. dilipat-lipat menjadi kecil lalu dibagi ke tangan perempuan itu. tersenyum malu. kertas tu dibuka dan dibaca dengan perlahan.

"1034-1006-5290-0019-3090-0219 :) "

kerut dahi perempuan itu membaca dan bertanya, apa maksud disebalik code yang awak bagi ni. "saya suka pada awak" ke maknanya? teka perempuan itu dengan penuh teruja. lelaki menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.

"bukan, itu serial key photoshop CS5. awak punya trial dah expired kan?"





baru dia tahu apa sebab perempuan itu tidak upload gambar baru di facebooknya

2/13/12

Checkmate

30 minit ke masa hadapan di-set-kan. dipetik punat jam itu lalu gelap sekejap keadaan sebelum aku meloncat ke masa hadapan. nampak dari jauh dimeja catur, 'aku' sedang tenung buah catur. tengah fikir langkah untuk diambil gamaknya. tapi ada seorang lagi tengah membuat air dekat meja dapur. pelik. setahu aku tak ada orang lain dekat rumah ni tadi.

aku menuju ke meja catur dan menarik 'diri sendiri' dari masa hadapan untuk bermain catur dgn aku. laju aku tarik dan menyorok ditepi rak buku supaya orang yg tgh buat air tu tidak perasan. takut dia terkejut pula bila ternampak muka dua orang yang sama. punat jam aku tekan dan meloncat kembali ke masa sebenar. aku senyum, akhirnya ada juga teman aku untuk bermain catur di rumah. jom main catur.




sesudah 30 minit bermain masih tak ada tanda-tanda siapa menang. hebat jugak aku ni bermain . susah nak fikir apa yang diri sendiri fikir rupanye. tiba-tiba 'aku' dari masa hadapan bersuara . haus la. ada air ? aku pun haus jugak . kejap aku pergi buat air teh . jangan main tipu ok. aku hafal semua kedudukan buah catur tu .

campur serbuk teh, campur gula, campur air . siap . ketika aku membawa air ke meja catur, aku ternampak 'seseorang' tengah menarik 'aku' dari masa hadapan lari menyorok ditepi rak buku dan hilang secara tiba2.
itu macam kenal ........



sekarang aku nak main dengan siapa ni.....rumah kembali sunyi :/

1/18/12

Keputusan : Bunuh

dari jauh kelihatan Azam terkial-kial berlari ke arah Nuar .

"Nuar ! awek ko . aku nampak awek ko bermesra dengan lelaki lain ! aku tak tahu lelaki tu, sama ada dia tahu Mia awek ko, atau pun dia memang tak tahu Mia ada kekasih."

jelas Azam termengah-mengah mencari nafas.

dengan perasaan yang marah Nuar mengeluarkan pistol revolver dari laci meja lalu mengisi sebutir peluru. satu sahaja kerana dia hanya boleh membuat keputusan sekali sahaja dosa ini. dikuatiri kalau mengisi dua butir, butir yang kedua memakan kepalanya sendiri. diselit pistol dibelakang seluar. bertemankan kereta celica putih untuk ke tempat yang dikhabarkan Azam tadi.

"aku tak tahu lelaki tu, sama ada dia tahu Mia awek ko,atau pun dia memang tak tahu Mia ada kekasih."
"aku tak tahu lelaki tu, sama ada dia tahu Mia awek ko,atau pun dia memang tak tahu Mia ada kekasih."

terngiang-ngiang ayat Azam tadi di kepala Nuar .

"cilaka!"

pedal minyak ditekan sampai penghabis laju menuju mereka. melilau mata dia mencari pasangan yang ada ditaman ini. dari jauh aku ternampak tubuh yang biasa dilihat. itu Mia. aku berdiri di depan mereka sambil menarik picu pistol. mereka terkejut . riaksi menunjukkan emosi bersalah, terkejut dan takut jelas tertulis dimuka mereka. pistol diangkat dan dihalakan ke arah mereka tanpa sepatah ayat dikeluarkan untuk menerangkan keadaan.

"Bro! rilex bro, ini awek ko ke ? sorry bro aku tak tahu pun dia ada teman lelaki. aku tak tahu pun ko kekasih dia. kita boleh bawak berbincang benda ni. nama aku Najib, kita............"

"BAAAMMMMMM!!!"

belum sempat lelaki itu bercakap, satu das tembakan dilepaskan


...


darah mercik merata tempat. rumput ketika dia datang berpijak tadi hijau bertukar merah. berkecai kepala. peluru itu tepat. tepat mengenai kepala. kepala Mia. iya MIA. masih tiada sebarang ayat yang keluar dari mulut Nuar. di simpan pistol itu lalu beredar balik meninggalkan lelaki itu dalam keadaan bingung bersama mayat Mia.




"aku tak tahu lelaki tu, sama ada dia tahu Mia awek ko,atau pun dia memang tak tahu Mia ada kekasih."




lelaki itu belum tentu tahu, tapi Mia sudah tentu tahu.