7/9/12

ku follow kau dengan bismillah

20/12/2000: menghirup secawan kopi yang harga RM2.50 selepas kerja memang perkara wajib. itu harga paling murah yang ada di Stabak ni. sedang termenung memandang kereta lalu lalang diluar tingkap, terlihat perempuan berbaju kurung semalam, berambut ikal, duduk dimeja bertentangan. comel. aku mengambil keputusan untuk memandang ke tingkap luar untuk mengelak memandang terus ke dia. aku menjeling. tak pasti sama ada aku ternampak dia pandang aku atau dia yang nampak aku pandang dia. dia senyum. rasa janggal. laju aku alih kan mata ke luar tingkap semula.

selang beberapa minit dia bergegas ke luar.


21/12/2000: di tempat yang sama selepas kerja. mungkin takdir atau kebetulan, aku ternampak dia sekali lagi ketika hendak membayar bil. masih dengan gaya yang sama berbaju kurung. dia mencari-cari duit kecil dari beg tangannya untuk menggantikan duit RM100 sekeping untuk membayar harga secawan air. 5 minit juga menunggu dia mencari. jadi aku ambil keputusan menyelit disebelah dia dan memberi RM5 dikaunter untuk membayar harga untuk dua air kopi. dia berterima kasih dan bergegas balik. ada hal penting katanya. sempat aku terpandang tag yang dikeluarkan dari beg tadi, tertulis 'Arina'.

nama dia?


22/12/2000: hari ketiga aku mengambil keputusan untuk ke Stabak lebih awal selepas kerja. berkira-kira untuk menunggu 'takdir' yang mungkin akan muncul. ketika membelek-belek twitter, terlintas untuk mencari sesuatu. di tekan satu-satu huruf di kotak pencarian twitter, A-R-I-N-A. keluar 10 orang bernama sama. dilihat satu persatu gambar dan terjumpa muka yang sedikit biasa ditengok. rasanya ini dia. dibuka profilnya. tertulis ditweet terakhirnya malam tadi;

"terserempak lagi dengan lelaki yang sama dikaunter Stabak :)"

mulut tersenyum tanpa disuruh. kemudian menghantar mesej ke twitter dia;

"awak jangan lupa bayar balik RM2.50 saya ya"


digerakkan tetikus ke butang Follow. dengan lafaz bismillah ditekan.





you are now following her.
Comments
4 Comments

4 komen:

sanah said...

buruk perangai. hahaha

Nadia R said...

#truestory lettew

Jamal Ali said...

Saat cinta mula berputik~

faten osman said...

kita yg baca pun sengih lebar, yg merasa lagi la kan? :D