2/13/12

Checkmate

30 minit ke masa hadapan di-set-kan. dipetik punat jam itu lalu gelap sekejap keadaan sebelum aku meloncat ke masa hadapan. nampak dari jauh dimeja catur, 'aku' sedang tenung buah catur. tengah fikir langkah untuk diambil gamaknya. tapi ada seorang lagi tengah membuat air dekat meja dapur. pelik. setahu aku tak ada orang lain dekat rumah ni tadi.

aku menuju ke meja catur dan menarik 'diri sendiri' dari masa hadapan untuk bermain catur dgn aku. laju aku tarik dan menyorok ditepi rak buku supaya orang yg tgh buat air tu tidak perasan. takut dia terkejut pula bila ternampak muka dua orang yang sama. punat jam aku tekan dan meloncat kembali ke masa sebenar. aku senyum, akhirnya ada juga teman aku untuk bermain catur di rumah. jom main catur.




sesudah 30 minit bermain masih tak ada tanda-tanda siapa menang. hebat jugak aku ni bermain . susah nak fikir apa yang diri sendiri fikir rupanye. tiba-tiba 'aku' dari masa hadapan bersuara . haus la. ada air ? aku pun haus jugak . kejap aku pergi buat air teh . jangan main tipu ok. aku hafal semua kedudukan buah catur tu .

campur serbuk teh, campur gula, campur air . siap . ketika aku membawa air ke meja catur, aku ternampak 'seseorang' tengah menarik 'aku' dari masa hadapan lari menyorok ditepi rak buku dan hilang secara tiba2.
itu macam kenal ........



sekarang aku nak main dengan siapa ni.....rumah kembali sunyi :/

Comments
10 Comments

10 komen:

zey said...

let me translate it.



[feeling lonely, talking about future.]



dun worry, be nice in this earth, and u'll get one nicer.

NURUL NADIA ROSLAN said...

komplikated sangat ini cerita.
penat otak aku fikir haha

Hakeem Yusof said...

cuba baca sambil lukis. mungkin boleh terangkan .haha

alif said...

perah otak nak membaca ni >.<

lavender harum wangi said...

peh! ini paradoks. nice story :D

suha said...

rasanya faham main point cerita ni. haha. good job ^^

A-nonymous said...

Karma

A retarded kitty said...

Ini lagi susah dari add math.

kbye.

Hakeem Yusof said...

@retarded kitty . lagi senang dari math moden

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

xde tulis dalam kamus ni..pening nak paham ape sebenar yg dye nak haha..god job