10/5/11

1 Lelaki 2 laluan

Si lelaki . seorang yang baik . boleh dikatakan alim kerana menjaga setiap solatnya . yang sunat dia sempurnakan apatah lagi yang wajib . tetapi kekasihnya seorang 'free hair' . 'free' hair ke, kena 'beli' ke, itu tak menjadi masalah besar bagi lelaki sebab manusia boleh berubah . setiap kali dia keluar berdua dia akan menasihatkan perempuan tu dengan harapan suatu hari nanti dia berubah . dari baik menjadi lebih baik . tak semudah yang disangka . bukan sekali  berdoa tuhan akan menunaikan doa yang diminta kan ? melainkan anda seorang nabi yang mempunyai mukjizat . hanya masa menentukannya . nasihat tu di terima oleh perempuan dengan senyuman . senyum yang tak berbunyi . senyum yang susah nak diterangkan dengan perkataan .

suatu hari , 10/10/10 mereka keluar bersama , lelaki ingin membuat suprise sempena ulangtahun 1 tahun bersama dengan membawa kek resepiRahsia . perempuan tu hanya tersenyum . senyuman yang sedikit berbeza dari sebelum ni . senyuman yang seperti boleh dibaca si lelaki . senyuman yang membawa berita tidak menyenangkan . perempuan mula membuka mulut yang selama ini ditugaskan untuk senyum . ayat berbunyi .

"Kita berpisah" .

2 perkataan itu seperti ada magis . membuat lelaki senyap . keadaan di KBmall yang bising seakan-akan sunyi . kelihatan manusia berjalan , tertawa tapi tiada suara . 'silent mode' orang kata . ayat kedua berbunyi .

"AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA" .

rupa-rupanya lelaki yang terkena suprise ......

genap 7 hari lelaki berkabung dalam bilik selepas ayat kedua tu berbunyi dan pernah juga terfikir untuk ke rooftop KBmall untuk terjun . tiba-tiba ada 'seseorang' disebelahnya menyuruh terjun dari bangunan . tapi hati dia cakap "ah aku ni takut tinggi . gayat! " . belum sempat dia bertanya nama 'seseorang' itu jasad nye lesap tanpa jejak . mungkin khayalan semata-mata .

seperti hilang arah lelaki mula keluar dari bilik setelah tranformasi . lebih 5 bulan juga lelaki cuba adaptasi keadaan yang berubah tu . tapi riak muka . anak matanya lain . dia mula bersifat 'nakal' . tidak seperti dulu . tiba-tiba dia tersentak, seorang perempuan bertudung tegur .

"termenung apa? dah lambat ni..." .

dia adalah kekasih baru si lelaki . bahagia . dengan harapan yang baru dapat memadam yang lama . tapi lelaki dah tak macam dulu . mula berjinak dengan club malam . solat usah ditanya la . ikut mood baru buat .

11/11/11 . lelaki bergaduh dengan perempuan . secara live dari mulut perempuan tu cakap .

"AWAK TAK CUKUP BAIK UNTUK SAYA" .

sekali lagi lelaki tu terkena suprise . kali ni hidup dia gelap . dia nekad untuk ke rooftop KBmall .



dijenguk ke bawah . gayat tapi hidup lagi gayat dari ni . tanpa lelaki sedar ada 'seseorang' berdiri disebelahnya . orang yang sama berada dibiliknya hari tu . berbaju kemas . segak .

"Terjunlah . tiada apa lagi yang ada didunia ni . kita terjun bersama "

kata 'seseorang' itu dan lelaki itu tanpa berfikir panjang terjun bersama-sama . ketika dia terjun , 'seseorang' itu memberitahu ,

"nama aku AZAZEL" .

serta-merta dia lesap sekali lagi . berkeseorangan lelaki itu menuju ke bawah .

"BAAMMM"  . jatuh bersepai .

Comments
11 Comments

11 komen:

Anonymous said...

@_@

suha said...

takde manusia yang sempurna.

belajar untuk menerima jalan yang terbaik.

setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. :) :)

hakeem kira said...

haha serius aku tak ada idea nak endingkan cerita ni camna -_-"

..cik gugu.. said...

pAtut ending mcm pelik je. ahahaha~

TantePiya said...

2 ayat yg selalu bemain2 dalam pikiran aku..
susah jgk kita nak terima orang seadanya dia.. hm

y said...

takdak bangunan yang lebih tinggi ke? haha

hakeem kira said...

@Y . kan dia gayat .

hakeem kira said...

@cik gugu . dah edit sikit jalan cerita .

eQuRlz said...

teringat plak dulu2.. :) my ex ada ckp "awk cari lah lelaki lain, sebab saya rasa saya bukan lelaki yg baik untuk awk"

itu ayat normal lelaki utk clash kan.. :)

hakeem kira said...

tak jugak :)

nub said...

bagi aku, semart jaa ending dia. bagi orang otak2 macam aku lah. hahah