10/30/11

Zila si kucing buta

di satu sudut yang menjadi pelengkap kepada satu dimensi dunia yang lengkap. bertiraikan tembok panjang diseberang jalan, sedikit berlumut . dan seorang lelaki tua berwajah tipikal yang tidak berkasut, berjanggut putih berlegar-legar dihadapan tembok. matanya liar .

si lelaki tua mencari kucing betina buta yang selalu menjadi temannya di tembok itu setiap petang.

dihadapan tembok. 45 darjah dari lelaki tua itu . jarak 2 meter dari tembok .seorang perempuan kelihatan penuh berang dengan muka yang penuh berkerut memarahi kekasihnya, kekasih yang kelihatan tidak berlawan memandang ke-kiri ke-kanan seperti tidak mengambil kesah sepatah pun ayat yang keluar dari mulut perempuan .


dari jauh kelihatan 'Zila' yang dicari lelaki tua itu, gembira rasanya. didatangnya dekat dengan Zila si kucing betina buta itu . gembira tadi bertukar menjadi sedih apabila melihat Zila yang dicari terbujur kaku ditepi jalan. nyawa-nyawa kucing. kena langgar moto gamaknya. diusapnya kucing itu. mungkin ini adalah nyawa dia yang ke-sembilan digunakan. tiada peluang ke-sepuluh sebab kucing hanya ada sembilan nyawa.

suara perempuan tadi semakin kuat . sesekali kekasih cuba mencelah dari celahan marahan perempuan itu. gagal mencelah apabila amplitude suara perempuan dinaikkan 2 kali ganda dengan frekuensi yang masih sama.

'u dah tipu i lepas tu u nak lari ? '
'perangai u sama je macam ex-boyfriend-ex-boyfriend i.'

"SEMUA LELAKI SAMA SAJA !"

dengan muka yang merah tanda marah dia berjalan laju meninggalkan kekasih keseorangan dan berselisih dengan lelaki tua, kekasihnye menjerit memanggil  nama perempuan itu,

"ZILLA!! ZILLA !! "

jeritan itu serentak dengan lelaki tua ditepi tembok itu bersuara sambil mengusap kucing buta yang kian nazak




"Zila Zila~ dah tau awak tu buta , buat apa pergi melintas jalan yang sesak tu . BODOH ."




"Zila" si kucing buta








Comments
11 Comments

11 komen:

TantePiya said...

kesimpulannya?

lavender harum wangi said...

adakah ianya suatu kebetulan ? kahkahkahkah,

hakeem kira said...

#randomstory camni lain orang lain kesimpulan :)

A retarded kitty said...

binatang ada otak tiada akal

hakeem kira said...

lagi bagus dari manusia yg ada 'akal' tapi tak ada 'otak'

JaLi AshBurn said...

lelaki sering dipersalahkan, . . . hurmm, . . . takpelah, . . inilah dunia :)

hakeem kira said...

sian lelaki

suha said...

ahahaa.

siapa bersalah itu lah yang patutnya dipersalahkan kan. bukan kira dia lelaki atau perempuan :)

HakeemKIRA said...

@suha . haha betol :D

Amanina Sofea said...

lelaki juga yg terima..kasihan kucing tu

XIX Dragunov said...

nasib baik zila manusia x menerima nasib yang sama dengan zila kucing... walaupun dua2 buta =.='