11/12/11

SATU gambar ke dalam tong sampah

duduk diatas kerusi. tangan dia aku genggam. macam tak sanggup nak lepaskan walaupun sesaat. bilik wad B-404 kosong hanya dihiasi sekeping gambar diatas meja dan ditemankan dengan melodi mesin-mesin yang menunjukkan kadar denyutan jantung dia. tidak sedarkan diri selama empat hari selepas dilanggar kereta Myvi 1.5 Extreme kaler kuning.

sebenarnya punca dia dilanggar adalah sebab aku. bergaduh mulut selepas dia dapat tahu aku keluar dengan bekas kekasih lama. aku tertampar dia dan dia berlari melintas jalan. iya. memang salah aku. aku terikutkan sangat perasaan masa tu. aku tahu aku panas baran. aku tak sengaja......

"maaf...."


"maafkan aku....."

tangan masih lagi digenggam...

"kalau la aku ada peluang, aku akan betulkan kesalahan ni."


 


melihat frame gambar mereka berdua diatas laci wad. sambil niat dihati tekad untuk berubah, berbisik aku mahu berubah menjadi seperti dalam gambar itu. gambar berdua yang gembira suatu ketika dahulu. tiada masalah, tiada salah faham. aku mahu jadi seperti itu. bagilah aku SATU peluang lagi .


"jangan la sedih....saya boleh tolong", kata budak perempuan kecil yang berdiri ditepi katil

terkejut aku melihat budak kecil itu entah datang dari mana tiba-tiba menegur aku. aku menggosok mata, sama ada mata aku salah pandang atau memang tadi ada kelihatan budak kecil itu seperti berkepak. macam dalam cerita pari-pari.

mungkin tersalah pandang.

anak siapa ni ? boleh tolong apa ? berubah seperti dalam gambar itu ? budak itu tersenyum.

tiba-tiba budak itu menghembus nafas dari telapak tangannya yang mengeluarkan asap yang banyak mengelilingi aku .


"puuuuffffff"

...

serentak dengan itu pintu wad diketuk dan ibu kepada kekasih memasuki wad dengan langkah kiri, melihat hanya anak perempuannya terbaring dikatil keseorangan di wad itu.

"eh apa asap banyak-banyak ni ?". kata ibu sambil meletakkan buah dimeja.

"ni kenapa ada dua gambar yang sama kat sini ? ". melihat gambar diatas kerusi yg sedikit berasap dan gambar dilaci meja yg berdiri rapi.






lalu dilemparkan gambar diatas kerusi tadi ke dalam tong sampah kerana sudah ada gambar diatas meja. SATU cukup la, iye dak ?



"hajat telah ditunaikan :) "
Comments
14 Comments

14 komen:

nabila husna said...

kenapa tak faham ? -.-"

Anonymous said...

err.

suha pending lah.
gambar kekasih kah yang dilemparkan? huu :]

BCJ said...

huhu

zey said...

haakkss!
baru nak feeling...
hahahaha!! lawak2! XD

Hakeem Yusof said...

benda paling aku risau bila reader jadi pending . tak paham apa yang aku cerita :(

@suha: lelaki tu bertukar jadi 'gambar' la

Anonymous said...

hahaha.

okay suha try lagi sekali.

Anonymous said...

dah faham dah.

betul tak?

gambar yang dibuang adalah gambar si lelaki yang telah 'dihilangkan' oleh budak kecil tu, kan?

Nina Mads said...

huhu..bwt2 faham jelah

lavender harum wangi said...

wow! naisss >.<

Alia Nasir said...

agak faham kot :P

Hakeem Yusof said...

@Alia Nasir . terharu . terima kasih Alia sebab paham :)

Code-Name said...

kadang-kadang PELUANG hanya ada SATU . tak perlu DUA

.::s e n t::. said...

haha ok. adoii baru nak feeling sedih, skali terus tragis. hahahaaa

zey said...

bila baca balek aku rasa si pari-pari tu xpatot budak kecik. sbb budak kecik xphm

"aku nak jadi mcam dlm gmbar, bahgia cam dulu"

tp kesian, realiti kena buang, dlm gmbar pon kena buang. :<

anyway, aku suka cerita mcm ni.