"maaf sebab buat 'emak' sakit."
mother earth-
"hai 'anak' kesayangan :) "
Siti Nur Lynas Binti Ahmad-
"kami meminta maaf sebab terlalu mementingkan diri.
kami tak bermaksud nak memusnahkan alam.
kami cuma mahu kertas yang memberi kesenangan. itu saja "
mother earth-
"tak apa. alam ni berubah-rubah.
apa sahaja yang manusia buat, kami akan mengadaptasi mengikut keadaan baru dan bertukar menjadi bentuk baru. dahulu, kami telah berjaya selamat dari situasi yang lebih teruk dari kamu, dari berjuta-juta tahun dahulu sebelum muncul makhluk yang sepertinya ada akal.
kami tetap macam ni, berdiri dipaksi sendiri.
kamu perlu tahu kami ni penyayang.
kami tak pernah membenci kamu :) "
Siti Nur Lynas Binti Ahmad-
"tapi kami dah banyak rosakkan helai hijau bumi,
penyelesaian yang menukar tanah menjadi merah,
membina batu yang mengeluarkan asap,
harap 'emak' tak sakit."
...
"tak apa, semua itu sikit pun tak menjejaskan kami, sikit pun tak membunuh kami. tapi semua tu yang akan membunuh kalian semua ;) "
"selamatkan bumi, bunuh diri kamu sendiri"
